Home Lifestyle Culture Terapi kuda meningkatkan tingkat keyakinan murid

Terapi kuda meningkatkan tingkat keyakinan murid

8387
0
Seramai 23 murid pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pauh mengikuti program terapi berkuda yang diadakan di Kampung Cawas, Tanah Merah.

PASIR MAS – Seramai 23 murid pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pauh mengikuti program terapi berkuda yang di Kampung Cawas, Tanah Merah semalam.

Guru Besar, Mustafha Samat berkata, terapi tersebut bertujuan membantu meningkatkan keyakinan diri murid-murid menghadapi kehidupan harian.

“Hasrat kita supaya murid-murid berkenaan dapat menguruskan diri mereka dengan baik seperti kanak-kanak normal lain,” katanya selepas program itu.

Menurut beliau, terapi berkuda bukan sahaja dapat meningkatkan keseimbangan badan tetapi membantu lebih fokus, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

Katanya, ini bagi memastikan kanakkanak berkenaan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

“Melalui program ini juga kita dapat mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalanganmereka.

“Antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan terapi berkuda ini adalah seperti sindrom down, masalah pembelajaran, lembam dan sebagainya,” katanya.

Mustafha berkata, menunggang kuda membangkitkan kekuatan otot apabila kanak-kanak itu perlu menyeimbangkan tubuh mereka di atas kuda.

Katanya lagi, kelajuan kuda yang berubah juga memberi kesan kepada tubuh kanak-kanak sekali gus membuatkan perkembangan otak mereka bertambah baik.

“Selain terapi, kita gunakan pendekatantersebut untuk mendidik kanak-kanak berkenaan supaya sayangkan binatang,” katanya.

Subscribe to VIP newsletter

Valid first name is required.
Please enter a valid email address for shipping updates.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here